Monday, October 12, 2009

Brownies

Bahan-bahannya:
1/2 cawan mentega
1 cawan gula putih
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/3 cawan serbuk koko
1/2 cawan tepung serbaguna
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk penaik

Bahan-bahan untuk frosting:
3 sudu besar mentega dicairkan
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar madu
1 sudu teh esen vanila
1 cawan gula hangus

Cara Membuatnya:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 175 darjah Celcius.Sapukan minyak pada dulang pembakar.
2. Cairkan mentega dalam periuk dan alihkan. Masukkan gula,telur dan esen vanila.
Kacau sehingga sebati. Setelah itu masukkan serbuk koko, tepung serbaguna dan
serbuk penaik.
3. Kacau lagi sehingga sebati dan tuangkan ke dalam dulang pembakar.
4. Bakar dalam ketuhar selama 25 hingga 30 minit.
5. Bagi membuat frosting, masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan kacau sebati.
Sapukan ke atas brownies ketika ia masih panas.

Puding Gula Hangus

Bahan-bahannya:
10 biji telur
1 tin susu pekat manis
10 camca besar gula (dijadikan gula hangus)

Cara Membuatnya:
1. Pukul susu bersama gula sehingga kembang.
2. Hanguskan gula di dalam kuali sehingga keperangan.
3. Masukkan gula ke dalam loyang. Kemudian tuang telur yang telah dipukul bersama susu tadi.
4.Kukus selama 20 minit.
5. Setelah masak dan sejuk bolehlah dmasukkan ke dalam peti sejuk untuk lebih enak dimakan.

Sunday, October 11, 2009

Daging Masak Lada Hitam

Bahan-bahannya:

500 g daging (direbus dgn sedikit garam dan dihiris nipis2)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh sos lada hitam
1 sudu besar kicap pekat
1 labu bawang besar (dimayang)
1 biji cili merah (dihiris)
1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
5 biji cili api (diketuk)
Sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris)
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya:

1. Perapkan daging bersama 1/2 sudu besar kicap pekat dan 1/2 sudu besar lada hitam selama 10 minit.
2. Panaskan 2-3 sudu besar minyak masak dalam kuali dan goreng daging hingga separuh garing. Keluarkan dan ketepikan. Di dalam kuali yg sama, tumis bawang putih hingga perang.
3. Masukkan daging, lebihan lada hitam dan juga kicap pekat. Kacau sebati. Masukkan pula sos tiram, sos lada hitam, bawang besar, cili merah, dan cili api. Kacau lagi.
4. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, daun sup, daun bawang dan masukkan garam dan gula jika perlu.

Kek Coklat Lembab

Bahan-bahannya:
2 biji telur
1 ½ cawan gula pasir
1 cawan susu cair
¾ cawan minyak masak
1 cawan air panas
1 ¾ cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
¾ cawan (40 gm) serbuk koko

Cara Membuatnya:
1. Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Pukul telur dengan gula sekejap sahaja(lebih kurang dua minit).
3. Masukkan susu cair diikuti dengan tepung yang telah diayak tadi.
4. Kemudian masukkan minyak masak dan akhir sekali air panas.
5. Sapukan minyak pada loyang pembakar dan bakar pada suhu 165 Celcius selama lebih kurang 40 minit.

Ikan Tiga Rasa

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan bawal atau siakap (bersihkan dan kelar kedua belah badan)
Tepung jagung (untuk dilumur pada ikan)
1 labu bawang besar (di mayang )
2 ulas bawang putih (dimayang)
1 sudu besar halia (dimayang)
Minyak untuk menggoreng

Bahan Sos
½ cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar air
1 sudu kecil gula

Bahan Hiasan
1 pokok daun bawang [potong 3 – 4 cm]
2 biji cili merah (dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)
2 biji buah tomato (dibelah 4)

Cara
1. Lumurkan tepung jagung pada keseluruhan ikan.
2. Gorengkan ikan sehingga masak dan kuning keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar minyak untuk tumis bahan sos sehingga wangi.
4. Kacau rata sehingga mendidih. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
5. Curahkan kuah sos ke atas ikan di dalam pinggan hidangan.

Monday, October 5, 2009

Kerabu Tauge

Bahan-bahannya:

Semangkuk Tauge ( dicuci dan dicelur)
Secawan isi kerang rebus
4 biji bawang merah (dimayang)
1/2 cawan air asam jawa
1/2 biji kelapa parut (diambil santan pekat)
2 sudu besar kerisik
7 hingga 10 biji cili padi (ikut kesukaan rasa pedas)
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
Kesemua bahan di atas digaul sebati. Tidak perlu dimasak.

Ayam Percik Perlis

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam
4 batang serai
1 inci lengkuas
10 ulas bawang merah
20 tangkai cili kering
1 sudu jintan manis
1 inci halia
1 biji kelapa
1/2 cawan asam jawa
1/2 cawan kacang tanah
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Ayam dipotong empat dan dibersihkan.
2. Serai, lengkuas, halia, cili kering dan bawang dimesin halus.
3. Kacang digoreng dan dimesin hingga halus.
4. Kelapa diperah dan diambil santannya.
5. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dimesin sehingga naik bau dan masukkan santan.
6. Bila sudah pekat, masukkan ayam.
7. Bila ayam sudah masak angkat ayam dan dibakar dengan api yang sederhana dan percikkan kuahnya.