Thursday, May 27, 2010

Telur Berkelapa

Bahan-bahan:

3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
½ inci halia
3 helai daun limau purut (dihiris)
5 biji cili padi (ikut citarasa)
½ biji kelapa parut
10 biji telur
Garam secukupnya

Cara Membuat:

1. Bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia dikisar halus.
2. Satukan bahan kisar dengan kelapa, daun limau purut, kelapa parut, telur dan garam.

Ayam Goreng Serai

Bahan-bahan:

100g ayam
2 batang serai (dihiris halus)
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam

Cara Membuat:
Gaulkan ayam dengan semua bahan di atas. Kemudian goreng sehingga garing.

Daging Goreng Limau Purut

Bahan-bahan:

300g daging
3 helai daun limau purut (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 sudu besar cili boh
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar sos tiram
Garam

Cara Membuat
1. Hiris daging kemudian perap dengan semua bahan yang lain.
2. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan goreng daging sehingga garing.

Friday, December 18, 2009

Kek Coklat Kukus



Kek Coklat Kukus Zaiima

Sumber: NoorMasri

Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu pekat

1 ¼ cawan tepung gandum

1 sudu teh serbuk penaik

1 sudu teh soda bikarbonat

3 biji telur

Cara Membuat:

1. Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dalam periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam
2. Tepung, soda bikarbonat dan serbuk penaik di ayak.
3. Telur dipukul kembang dan campurkan campuran koko tadi. Gaul rata dan masukkan tepung yang diayak.
4. Gaul sebati dan tuang dalam loyang sehingga setengah loyang. Tutup loyang dengan aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejukkan .


TOPPING COKLAT dari Noor Masri
Bahan-bahan:

250 g coklat masakan } dipotong kecil

1 sudu besar marjerin

130 ml double cream atau whipping cream

Sedikit gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sangat) - optional


Cara Membuat:

Cairkan coklat secara double-boiler .Tutupkan api, kemudian masukkan marjerin, gula dan cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.


Kek Coklat Kukus Badariah - Sumber Puan Badariah Ibrahim (ResepiNet)


Bahan-bahan:-

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko ( saya selalu pakai Van Houten)
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur (Gred A)
1 cawan gula pasir
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak (nak sedap lagi gunalah minyak Mazola)
1 cawan air panas

Cara Membuat:

1. Ayak bersama tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk penaik dan serbuk koko.
2.Pukul telur, minyak, susu dan gula hingga sebati.
3. Masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi
4. Masukkan air panas dan kacau sebati lagi.
5. Kukus selama 1 jam.

Utk topping:

1/2 ketul buttercup
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat

Cara Membuat:
Cairkan coklat secara double-boiler

KEK COKELAT KUKUS Ain - Sumber NUNZAI aka Nooraini (ResepiNet)
Bahan-bahan:

2 cawan gula castor

2 cawan tepung gandum

3/4 cawan serbuk koko

2 sudu teh bikarbonat soda

1/2 sudu teh serbuk penaik

1 cawan minyak (mazola)
1 cawan susu cair

1 cawan air panas

1 sudu teh garam

3 biji telur

1 sudu teh esen vanilla

Cara Membuat:

1. Pukul gula dan telur. Kemudiann masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Kacau sebati.
2. Masukkan susu cair, diikuti minyak. Kacau lagi sehingga sebati. Masukkan air panas, garam dan vanilla esen.
3. Masa kukus pun dlm 1 - 1 1/2 jam.

KEK COKLAT MOIST



Bahan-bahan:

250 gram mentega

2 cawan gula

2 cawan tepung }

1 sudu teh serbuk penaik } Di ayak

1/2 sudu teh soda bikarbonat }

6 biji telur

1 sudu teh esen vanilla


1/2 cawan gula }
1 cawan koko } Masak atas api kecil, kacau sampai gula hancur.

1 cawan air } Tutup api, biarkan.

Cara Membuat:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila. Pukul sebati.
2. Lepas tu masukkan bahan kering yang telah di ayak berselang seli dengan bahan koko yang dimasak tadi. Buat selang seli sampai habis dan kacau sebati.
3. Sapu loyang dengan minyak atau butter dan lapik loyang dengan kertas minyak. Tuang adunan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.


Coklat Fudge

400 gram coklat masak

susu cair (sukatan ikut pada likatan fudge)


Cara Membuat:

1. Masukkan coklat dan susu cair ke dalam periuk kecil. Kemudian letakkan periuk tadi ke dalam bekas yang lebih besar dan diletakkan air di dalamnya (cara double boiler).
2. Masak sehingga coklat cair dan kelikatan coklat yg cantik . Hiaslah kek anda mengikut citarasa.


Sumber: :
kaklia-kaklia.blogspot.com/

KEK GULA HANGUS



Bahan-Bahan:


1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat:

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus atau kekuningan. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sebab gula tu akan meletup-letup.Tutup periuk untuk elakkan terkena percikan. Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

2. Pukul telur sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
3. Ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit.
4. Akhir sekali, masukkan gula hangus dan esen vanita.Kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam .
5. Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.

Thursday, December 17, 2009

Roti Jala Serawa Durian




Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

2 1/2 cawan air

1 biji telur

Secubit garam

Pewarna kuning


Cara Membuat:


1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati. Tapiskan adunan.
2.Kalau campuran ini agak cair, tambahkan sedikit tepung sehingga boleh dikirai dan tak putus-putus apabila di masukkan dalam acuan. Jangan terlalu cair kerana akan menjadi seperti lempeng.

3.Kiraikan adunan pada kuali leper yang telah disapukan dengan sedikit minyak atau marjerin.
4. Biar beberapa minit dan angkat, letak dalam pinggan dan gulung atau lipat empat.


Serawa Durian

Bahan-bahan

2 cawan santan pekat
2 keping gula melaka / gula tapak / gula pasir ( manis ikut citarasa)
2 cawan air
Secubit garam
5 ulas durian
2 helai daun pandan disimpul

Cara Membuat:

1. Didihkan air dan gula bersama daun pandan sehingga larut.
2. Kemudian masukkan santan, durian dan garam.
3. Masak sehingga pekat ( atau mengikut citarasa).