Tuesday, December 8, 2009

Puding Laici

Bahan-Bahan:

Sebungkus agar-agar (25g)
1 tin buah laici
1 tin susu cair
3 cawan gula
4 cawan air

Cara Membuat:
1.Buah laici dan airnya disingkan. Buah laici dihiris nipis-nipis.
2. Agar-agar dimasak bersama 4 cawan air serta air dari tin laici sehingga cair sepenuhnya.
3. Kemudian masukkan 3 cawan gula dan dibiarkan sehingga gula cair dan masukkan buah laici yang dihiris tadi.
4. Biar mendidih sebentar kemudian masukkan susu cair. Kacau sehingga sebati, biarkan mendidih sedikit.
5. Tutup api dan masukkan ke dalam bekas. Biarkan sehingga ia beku.

No comments:

Post a Comment