Wednesday, December 9, 2009

Pulut Lepa

Makanan Tradisional Terengganu

INTI PULUT LEPA
Bahan-bahan:

1 kg ikan selayang / ikan kembung
1 sudu kecil garam dan 4 keping asam keping (untuk merebus ikan)
½ biji kelapa (ambil santan pekat anggaran 2 cawan)
6 ulas bawang merah ~ dimayang halus
1 inci halia ~ dihiris memanjang halus
1 sudu kecil halba
garam dan gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Cara Menyediakan Inti

1. Rebus ikan dengan garam, asam keping dan sedikit air.
2. Sejukkan ikan dan ambil isinya.
3. Tumbuk isi ikan hingga lumat
4. Dalam kuali.. masukkan santan, bawang merah, halia, halba, isi ikan, garam dan gula secukup rasa.
5. Masak bahan-bahan tersebut hingga menjadi betul-betul kering dan berderai.
6. Angkat dan sejukkan .


PULUT LEPA
Bahan-bahan:


1 kg pulut ~ direndam semalaman atau sekurang2nya 3 jam
1 biji kelapa ~ ambil santan pekat anggaran 3 cawan (kalau rasa kering sangat boleh tambah lagi)
garam secukup rasa
Daun pisang untuk membungkus ~ potong anggaran selebar 7 inci setiap sekeping dan lap permukaannya.
Lidi yang dipotong runcing sepanjang 1 ½ inci (untuk cucuk daun pisang) atau boleh juga gunakan stapler saja

kapur makan (untuk di lengserkan pd jari jemari utk mengelakkan pulut melekat2 pd jari)

Cara Membuat:

1. Toskan pulut yang direndam tadi dan masukkan ke dalam pengukus (elok guna pengukus lubang halus agar pulut tak jatuh jika pengukus berlubang besar.. alaskan dengan daun pisang). Kukus selama 30 – 40 minit.
2. Angkat pulut dan masukkan ke dalam besen dan gaulkan dengan santan yang dicampurkan dengan garam. Kacau hingga rata dan kukus sekali lagi selama 30 minit atau hingga pulut masak.
3. Sediakan daun

4. Sapukan jari dengan kapur makan agar pulut tak melekat pada jari. Sudukan anggaran 2 ~ 3 sudu besar pulut atas daun pisang dan ratakan. (rujuk pada gambar).
5. Sudukan inti anggaran 3 sudu kecil lalu balutkan inti tadi dengan pulut dengan beralaskan daun pisang. Pastikan inti tertutup dengan pulut dan berada ditengah-tengah pulut .

6. Potong lebihan daun pisang kiri dan kanan balutan pulut tadi anggaran 1 inci.
7. Dengan menggunakan jari.. tekan pulut ke dalam balutan daun pisang tadi agar ia kemas & mampat.
8. Cucuk dengan lidi atau stapler untuk mengemaskan balutan.
9. Bila dah siap.. bolehlah dibakar menggunakan dapur gas ataupun arang.


Sumber :http://mamawandiha.fotopages.com/

No comments:

Post a Comment