Friday, December 18, 2009

Kek Coklat Kukus



Kek Coklat Kukus Zaiima

Sumber: NoorMasri

Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu pekat

1 ¼ cawan tepung gandum

1 sudu teh serbuk penaik

1 sudu teh soda bikarbonat

3 biji telur

Cara Membuat:

1. Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dalam periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam
2. Tepung, soda bikarbonat dan serbuk penaik di ayak.
3. Telur dipukul kembang dan campurkan campuran koko tadi. Gaul rata dan masukkan tepung yang diayak.
4. Gaul sebati dan tuang dalam loyang sehingga setengah loyang. Tutup loyang dengan aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejukkan .


TOPPING COKLAT dari Noor Masri
Bahan-bahan:

250 g coklat masakan } dipotong kecil

1 sudu besar marjerin

130 ml double cream atau whipping cream

Sedikit gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sangat) - optional


Cara Membuat:

Cairkan coklat secara double-boiler .Tutupkan api, kemudian masukkan marjerin, gula dan cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.


Kek Coklat Kukus Badariah - Sumber Puan Badariah Ibrahim (ResepiNet)


Bahan-bahan:-

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko ( saya selalu pakai Van Houten)
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur (Gred A)
1 cawan gula pasir
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak (nak sedap lagi gunalah minyak Mazola)
1 cawan air panas

Cara Membuat:

1. Ayak bersama tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk penaik dan serbuk koko.
2.Pukul telur, minyak, susu dan gula hingga sebati.
3. Masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi
4. Masukkan air panas dan kacau sebati lagi.
5. Kukus selama 1 jam.

Utk topping:

1/2 ketul buttercup
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat

Cara Membuat:
Cairkan coklat secara double-boiler

KEK COKELAT KUKUS Ain - Sumber NUNZAI aka Nooraini (ResepiNet)
Bahan-bahan:

2 cawan gula castor

2 cawan tepung gandum

3/4 cawan serbuk koko

2 sudu teh bikarbonat soda

1/2 sudu teh serbuk penaik

1 cawan minyak (mazola)
1 cawan susu cair

1 cawan air panas

1 sudu teh garam

3 biji telur

1 sudu teh esen vanilla

Cara Membuat:

1. Pukul gula dan telur. Kemudiann masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Kacau sebati.
2. Masukkan susu cair, diikuti minyak. Kacau lagi sehingga sebati. Masukkan air panas, garam dan vanilla esen.
3. Masa kukus pun dlm 1 - 1 1/2 jam.

KEK COKLAT MOIST



Bahan-bahan:

250 gram mentega

2 cawan gula

2 cawan tepung }

1 sudu teh serbuk penaik } Di ayak

1/2 sudu teh soda bikarbonat }

6 biji telur

1 sudu teh esen vanilla


1/2 cawan gula }
1 cawan koko } Masak atas api kecil, kacau sampai gula hancur.

1 cawan air } Tutup api, biarkan.

Cara Membuat:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila. Pukul sebati.
2. Lepas tu masukkan bahan kering yang telah di ayak berselang seli dengan bahan koko yang dimasak tadi. Buat selang seli sampai habis dan kacau sebati.
3. Sapu loyang dengan minyak atau butter dan lapik loyang dengan kertas minyak. Tuang adunan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.


Coklat Fudge

400 gram coklat masak

susu cair (sukatan ikut pada likatan fudge)


Cara Membuat:

1. Masukkan coklat dan susu cair ke dalam periuk kecil. Kemudian letakkan periuk tadi ke dalam bekas yang lebih besar dan diletakkan air di dalamnya (cara double boiler).
2. Masak sehingga coklat cair dan kelikatan coklat yg cantik . Hiaslah kek anda mengikut citarasa.


Sumber: :
kaklia-kaklia.blogspot.com/

KEK GULA HANGUS



Bahan-Bahan:


1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat:

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus atau kekuningan. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sebab gula tu akan meletup-letup.Tutup periuk untuk elakkan terkena percikan. Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

2. Pukul telur sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
3. Ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit.
4. Akhir sekali, masukkan gula hangus dan esen vanita.Kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam .
5. Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.

Thursday, December 17, 2009

Roti Jala Serawa Durian




Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

2 1/2 cawan air

1 biji telur

Secubit garam

Pewarna kuning


Cara Membuat:


1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati. Tapiskan adunan.
2.Kalau campuran ini agak cair, tambahkan sedikit tepung sehingga boleh dikirai dan tak putus-putus apabila di masukkan dalam acuan. Jangan terlalu cair kerana akan menjadi seperti lempeng.

3.Kiraikan adunan pada kuali leper yang telah disapukan dengan sedikit minyak atau marjerin.
4. Biar beberapa minit dan angkat, letak dalam pinggan dan gulung atau lipat empat.


Serawa Durian

Bahan-bahan

2 cawan santan pekat
2 keping gula melaka / gula tapak / gula pasir ( manis ikut citarasa)
2 cawan air
Secubit garam
5 ulas durian
2 helai daun pandan disimpul

Cara Membuat:

1. Didihkan air dan gula bersama daun pandan sehingga larut.
2. Kemudian masukkan santan, durian dan garam.
3. Masak sehingga pekat ( atau mengikut citarasa).

Wednesday, December 16, 2009

Talam Ubi Kayu



Bahan-bahan:

Bahagian Bawah

4 cawan ubi kayu- di parut ( anggaran 2 kg
ubi kayu )
1 1/2 cawan air gula merah ( 1/2 kg gula merah dimasak dengan 2 cawan air)
1 cawan gula pasir
3 cawan santan cair

Bahagian Atas

4 cawan santan pekat ( dari 1 biji kelapa )
1 1/ 2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara Membuat:

1. Panaskan kukusan.
2. Ubi kayu yang telah di parut, diperah buang airnya dengan menggunakan kain bersih.
3. Masukan ke dalam loyang. Masukan santan cair, air gula merah dan gula pasir. Gaul sebati.
4. Kukus sehingga masak.
5. Setelah masak, tekan supaya adunan ubi tadi mampat.
6. Satukan santan pekat, garam dan tepung gandum, kacau sehingga sebati. J
7. Tapiskan adunan dan tuangkan ke atas adunan ubi tadi. Kukus selama 30 minit.
8. Buka penutup kukusan, lap wap yang ada di permukaan kuih dengan tisu.Biarkan sebentar dan tutup api..
9. Sejukan

Sunday, December 13, 2009

Kuih Kaswi



Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi

1 sudu kecil air kapur

1/2 cawan gula pasir

1/2 cawan gula merah/ gula melaka

2 cawan air
Daun pandan

Kelapa parut putih dengan secubit garam ( kukus sebentar bersama daun pandan yang disimpul)


Cara Membuat
:


1. Satukan gula merah/ gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil . Kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. Masak atas api kecil sehingga gula larut. Sejukkan.

2. Satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. Gaul rata
dan msukkan air gula yang telah sejuk tadi. Gaul hingga sebati.
3. Tapis adunan dan tuang dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
4. Kukus sehingga masak. Apabila dah masak, sejukkan dan potong mengikut citarasa. Gaulkan dengan kelapa parut yang di kukus tadi.

Kuih Lompang



Bahan-bahan:


1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi

1 sudu kecil air kapur

1/2 cawan gula pasir

1/2 cawan gula merah/ gula melaka

2 cawan air
Daun pandan

Kelapa parut putih dengan secubit garam ( kukus sebentar bersama daun pandan yang disimpul)


Cara Membuat
:


1. Satukan gula merah/ gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil . Kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. Masak atas api kecil sehingga gula larut. Sejukkan.

2. Satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. Gaul rata
dan msukkan air gula yang telah sejuk tadi. Gaul hingga sebati.
3. Tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
4. Kukus 10 minit atau hingga masak. Apabila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.Gaulkan dengan kelapa parut yang di kukus tadi.

Pesanan: Jika hendak perisa pandan atau warna lain, tambahkan sukatan gula untuk menggantikan gula merah.

Kuih Buah Rotan



Bahan-bahan:

3 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula halus
1 biji telur
1/2 kotak kecil santan (tambah air sikit kalau adunan keras sangat)
50 sen bijan

Cara Membuat:

1. Gaul tepung pulut dengan telur dan gula.

2. Masukkan sedikit demi sedikit santan kedalam adunan sambil diuli hingga lembut.

3. Ambil secubit adunan dan bulatkan. Golekkan ke dalam dulang berisi bijan.

4. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana.


Peringatan:Pastikan menggunakan api yang sederhana untuk memanaskan minyak. Perlahankan api apabila mula menggoreng kuih ini kerana tepung pulut yang bercampur telur mudah melompat keluar jika minyak terlalu panas.

Lepat Pisang



Bahan-bahan:

2 cawan pisang emas/berangan/montel (dilecek)
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung susu/sedikit susu cair/pekat
2 sudu besar gula
1 sudu besar gula merah
Sedikit kelapa parut
Garam
Daun pisang secukupnya

Cara Membuat:

1. Gaulkan semua bahan supaya sebati.

2. Letakkan dalam 2 sudu di atas daun pisang. Lipatkan.

3. Kukuskan selama 15 minit.

4. Sejukkan dan hidangkan.

Friday, December 11, 2009

Kuih Bronok Sagu



Bahan-Bahan:

2 cawan biji sagu (rendam dulu selama 1 jam untuk kembangkn biji sagu)
1 1/2 cawan gula

3 sudu besar perisa sirap ros/ pewarna merah

2 cawan air
Kelapa parut ambil yang putihnya saja
Secubit garam


Cara membuat:

1. Sejat sagu yang direndam tadi. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 cawan air.

2. Masukkan gula dan perisa sirap ros menggunakan api yang perlahan kerana sagu mudah melekat pada periuk jika api besar. Kacau tanpa henti hingga ia menjadi pekat.

3. Kacau sehingga sagu kelihatan berkilat.Jika terlalu keras hingga sukar nak kacau,tambah air sedikit dan kacau lagi. Tutupkan api.

4. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan.Potong mengikut citarasa. Gaulkan kuih dengan kelapa parut yang telah digaul garam.

Tepung Kapur

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 keping manisan atau 1 cawan gula melaka
Sesudu kapur makan
Garam secukup rasa
Kelapa parut

Cara-cara

1. Masakkan manisan/ gula melaka dengan air sampai cair. Sejukkan.
2. Masukkan air manisan/ air gula melaka ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat.Masukkan sekali kapur makan yang dibancuh dengan sikit air dan masukkan garam.
3. Tapiskan dalam loyang yang telah digris dengan minyak atau mentega.
4. Kukus dalam masa 30 - 45 minit.
5. Apabila masak, sejukkan, kemudian potonglah kuih ni mengikut citarasa.
6.
Gaulkan kelapa parut dengan garam sikit. Kemudian gaulkan kuih yang dah dipotong tadi dengan kelapa parut.

Thursday, December 10, 2009

Nasi Impit Sambal Hitam


Makanan Tradisi Terengganu

Bahan-bahan untuk Sambal

Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing)

Bahan B

5 ekor ikan selayang (rebus ambil isinya)
5 batang serai (hiris)
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 keping gula nisan/ gula melaka
Garam secukup rasa


Cara Membuat
1. Kisar bahan B kemudian an gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng.
2. Gorengkan semua bahan di atas api sampai kering. Masukkan perasa.Kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka kerana sambal nasi impit lebih sedap jika rasanya sedikit manis.
3. Sejukkan dan kisar dengan kisaran kering agak-agak separuh lumat.
4. Sedia dimakan bersama nasi impit.

Sumber: http://fromthekitchentohisstomach.blogspot.com/

Kayu Keramat






Bahan-Bahan:

5 cawan tepung
1 sudu kecil yis
secubit soda bikarbonat
1 1/2 gelas air suam
1 gelas gula
1 biji telur
minyak untuk menggoreng


Cara Membuat
1. Kacau gula dalam air suam
2. Masukkan yis dan gaul sebati.
3. Tambah telur dan sebatikan.
4. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan gaul sedikit-sedikit dengan campuran tadi menggunakan senduk sehingga habis dan sebati
5. Biarkan sehingga adunan naik 2 kali ganda
6. Tarik adunan sedikit-sedikit mengikut bentuk yang dikehendaki dengan menggunakan senduk dan goreng dengan api sederhana
7. Bila sudah kuning keemasan, angkat dan toskan.

Sumber: http://fromthekitchentohisstomach.blogspot.com/

Karipap Inti Ikan


Makanan Tradisi Terengganu


Bahan Kulit Karipap :
3 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin dan 2 sudu minyak(dicairkan)
Sedikit air

Cara Membuat:
1.Marjerin dan minyak dicairkan dan dituang semasa masih panas ke atas tepung gandum.
2.Kemudian masukkan air.Uli hingga menjadi doh.


Bahan Inti Karipap:
1 biji kelapa (ambil santan pekat dalam 2 cawan)
1 kg ikan selayang/mackerel/kembung } rebus dan asingkan isinya
1 sudu kecil halba
6 ulas bawang merah } mayang halus
1 inci halia} mayang halus
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1. Kisar isi ikan dengan santan hingga halus (atau ikut citarasa jika tidak mahu halus)
2. Masukkan dalam kuali isi ikan dengan santan, kacau hingga hampir kering.
3. Masukkan halba, bawang merah, halia dan garam secukup rasa
4. Kacau lagi sehingga inti tersebut agak kering
5. Boleh lah diangkat dan sejukkan.
6. Ambil doh karipap canaikan dan lettakan doh dalam acuan karipap.Masukkan sesudu inti. Boleh juga dikelim tepi karipap dengan tangan.

Sumber: http://fromthekitchentohisstomach.blogspot.com/

Rojak Betik

Makanan tradisi Terengganu

Bahan-bahan:

1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
1/2 sudu teh kapur makan (utk mengeraskan betik yg disagat td)
2 biji timun


Bahan untuk Kuah

9 ekor ikan selayang (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
1 keping manisan (boleh juga guna gula melaka)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
garam secukup rasa
1 1/2 liter air

Cara Membuat

  1. Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. Hancurkan kapur makan dengan sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik tadi.
  2. Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis2.

Utk membuat kuah:

  1. Rebus ikan dengan sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.
  2. Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.
  3. Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Jangan sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul2. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
  4. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.

Utk. menghidang:

  1. Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh juga letakkan hirisan nanas bagi yang sukakan makan nanas. Letakkan kuah atas bahan-bahan tadi dan rojak betik sedia untuk dimakan..

Sumber : myresipi.com

Wednesday, December 9, 2009

Satar Ikan

Makanan Tradisional Terengganu

Bahan-bahan:

1/2 kilo ikan selayang [ambil isi saja]
1/2 biji kelapa muda [parut]
10 biji cili kering
10 biji bawang merah
1/2 inci halia
sedikit asam jawa
daun pisang secukupnya

Cara Membuat:

1. Ikan dan kelapa ditumbuk.
2. Bawang, cili kering dan halia dikisar.
3. Gaul kesemua bahan hingga sebati
4. Masukan garam,gula asam jawa gaul rata.
5. Daun pisang dibentukkan kun dan masukkan adunan ikan .


6. Tutupkan dan dan cucukkan pada buluh.
7. Bakarkan/panggangkan sehingga agak masak.
8. Angkat dan buangkan daun pisang dan hidangkan

Sumber :http://hanieliza.blogspot.com/

Pulut Lepa

Makanan Tradisional Terengganu

INTI PULUT LEPA
Bahan-bahan:

1 kg ikan selayang / ikan kembung
1 sudu kecil garam dan 4 keping asam keping (untuk merebus ikan)
½ biji kelapa (ambil santan pekat anggaran 2 cawan)
6 ulas bawang merah ~ dimayang halus
1 inci halia ~ dihiris memanjang halus
1 sudu kecil halba
garam dan gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Cara Menyediakan Inti

1. Rebus ikan dengan garam, asam keping dan sedikit air.
2. Sejukkan ikan dan ambil isinya.
3. Tumbuk isi ikan hingga lumat
4. Dalam kuali.. masukkan santan, bawang merah, halia, halba, isi ikan, garam dan gula secukup rasa.
5. Masak bahan-bahan tersebut hingga menjadi betul-betul kering dan berderai.
6. Angkat dan sejukkan .


PULUT LEPA
Bahan-bahan:


1 kg pulut ~ direndam semalaman atau sekurang2nya 3 jam
1 biji kelapa ~ ambil santan pekat anggaran 3 cawan (kalau rasa kering sangat boleh tambah lagi)
garam secukup rasa
Daun pisang untuk membungkus ~ potong anggaran selebar 7 inci setiap sekeping dan lap permukaannya.
Lidi yang dipotong runcing sepanjang 1 ½ inci (untuk cucuk daun pisang) atau boleh juga gunakan stapler saja

kapur makan (untuk di lengserkan pd jari jemari utk mengelakkan pulut melekat2 pd jari)

Cara Membuat:

1. Toskan pulut yang direndam tadi dan masukkan ke dalam pengukus (elok guna pengukus lubang halus agar pulut tak jatuh jika pengukus berlubang besar.. alaskan dengan daun pisang). Kukus selama 30 – 40 minit.
2. Angkat pulut dan masukkan ke dalam besen dan gaulkan dengan santan yang dicampurkan dengan garam. Kacau hingga rata dan kukus sekali lagi selama 30 minit atau hingga pulut masak.
3. Sediakan daun

4. Sapukan jari dengan kapur makan agar pulut tak melekat pada jari. Sudukan anggaran 2 ~ 3 sudu besar pulut atas daun pisang dan ratakan. (rujuk pada gambar).
5. Sudukan inti anggaran 3 sudu kecil lalu balutkan inti tadi dengan pulut dengan beralaskan daun pisang. Pastikan inti tertutup dengan pulut dan berada ditengah-tengah pulut .

6. Potong lebihan daun pisang kiri dan kanan balutan pulut tadi anggaran 1 inci.
7. Dengan menggunakan jari.. tekan pulut ke dalam balutan daun pisang tadi agar ia kemas & mampat.
8. Cucuk dengan lidi atau stapler untuk mengemaskan balutan.
9. Bila dah siap.. bolehlah dibakar menggunakan dapur gas ataupun arang.


Sumber :http://mamawandiha.fotopages.com/

KUIH PUTERI MANDI

Makanan Tradisional Terengganu


Bahan-bahan:

1 paket tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air daun pandan
Inti:
1 biji kelapa parut muda
Gula melaka secukupnya
Air secukupnya

Cara Membuat:


1. Campurkan
tepung pulut, tepung beras dan air pandan.Gaul hingga sebati dan ketepikan.
2. Setelah itu, bentukkan doh dalam bentuk bulat-bulat kecil kemudian penyetkan ditengahnya supaya leper (seperti dalam gambar). Lakukan proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk.
3. Sementara itu, didihkan 4 cawan air dan setelah selesai membentuk kuih, masukkan ke dalam air mendidih tersebut hingga masak.
4. Kuih akan kelihatan terapung apabila sudah masak, angkat dan toskan airnya.
5. Sementara itu, masak air gula melaka sehingga pekat dan masukkan kelapa parut. Masak sehingga kering atau ikut citarasa sekiranya ingin sedikit lembab.
6. Akhir sekali, masukkan kuih tadi gaul bersama inti hingga sebati.


Sumber :Majalah Rasa Januari 2003

PAUNG GORENG

Makanan Tradisional Terengganu


Bahan-bahan:

1/2 kg tepung pulut
½ cawan tepung gandum
400 ml air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng terendam

Bahan Inti
5 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah [hiriskan]
1 cawan santan
3 cm halia [hiris]
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil gula
garam secukupnya

Cara membuat:

1. Ikan direbuskan dan sejukkan.
2. Ambil isi ikan dan hancurkan.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.
4. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum bersama air.
5. Ambil sedikit dan bulatkan. Masukkan inti ikan dan bulatkan semula.
6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan (kerana mudah meletup).
7. Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.

Sumber : http://hanieliza.blogspot.com/

Kuih Tepung Bunga

Makanan Tradisi Terengganu

Bahan-bahan:

500 gram tepung pulut
3 biji telur ayam
2 cawan air
Gula secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:

  1. Bancuh tepung pulut dengan air hingga membentuk doh. Bentukkan doh sebesar guli dan leperkan .
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan telur dalam bekas dan pukul rata.
  3. Celupkan adunan tepung tadi dalam bancuhan telur dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan letakkan di atas tisu untuk menyerap minyak.



4. Aturkan dalam pinggan dan taburkan gula secukupnya.

Solok Lada




Bahan-bahan:

10 biji lada hijau
5 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah - ditumbuk lumat
1/2 cm halia- ditumbuk lumat
1 cawan kelapa parut
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1. Lada dibelah dua dan dibuang bijinya.
2. Ambil bahan yang ditumbuk lumat dan campurkan dengan garam. Gaul sebati bersama isi ikan dan kelapa parut.
3. Ambil lada tadi dan sumbatkan dengan bahan yang digaul rata. Kukus sehingga masak.

Sumber: Majalah Rasa Januari 2003

Roti Manis Berkismis



Bahan-bahannya:

2 cawan tepung protein tinggi (200gm)
1 sudu teh penuh yis kering
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
3/4 cawan air suam
1 sudu besar susu tepung
1 sudu besar mentega
1/4 cawan kismis

Cara membuatnya:

1. Campurkan semua bahan kering kecuali mentega dan air suam di dalam mangkuk. Buat lubang di tengahnya. Pecahkan telur dan gaul rata.

2. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil uli tepung hingga menjadi doh. Tambah mentega dan uli lagi hingga menjadi doh yang kenyal dan licin. Bulatkan, tutup mangkuk dan rehatkan 10 minit. Selepas 20 minit, tumbuk doh bagi mengeluarkan udara.

3. Uli lagi dan bentukkan ikut suka hati. Masukkan ke dalam loyang 3 in X 8 in X 3 in. yang telah dilengser dengan mentega. Rehatkan lagi 30 minit.

4. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius dan bakar roti selama 20 minit atau hingga roti keperangan.

5. Keluarkan daripada loyang dan potong roti kepada kepingan sebelum dihidang.

Koleh Lemak



Bahan-Bahan :

2 cawan tepung beras
6 cawan air sejuk
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
7 biji halba
1 biji kelapa (dibahagi 3)
1 cawan gula


Cara Menbuatnya :

i) Cara Membuat Koleh Lemak:-
1. Tepung beras dibancuh dengan air dan dikacau sehingga sebati.
2. Jerang di atas api , kacau hingga kering dan kental baru di angkat dan dituang dalam talam kecil. 3. Ratakan setebal 1 1/2 inci dan sejukkan.

ii) Cara Membuat Kuahnya:-
1. 2/3 daripada kelapa tadi diperah dan diambil santannya.
2. Masukkan gula, bawang, halia dan halba.
3. Jerang di atas api, biar mendidh dan angkat.
4. Untuk memekatkannya, kuahnya dibubuhkan 2 sudu tepung beras yang dibancuh dengan sedikit air dan dituangkan ke dalam kuah tadi.

ii) Cara Membuat Sambal:-
1. 1/3 darpada kelapa tadi digoreng dengan api yang sederhana, bila garing, angkat dan tumbuk 1 hiris serai, 3 ulas bawang merah, 3 hiris halia dan tumbuk sampai lumat.
2. Masukkan 1 ekor ikan kembung yang dibakar dan digaul dengan sambal tersebut.

Tuesday, December 8, 2009

Otak-otak Ikan



Makanan Tradisi Terengganu


Bahan-bahan:

1 kg ikan tenggiri di ambil isinya
1 biji kelapa parut
6 biji cili merah ditumbuk
5 batang serai ditumbuk
3 cm kunyit hidup ditumbuk
1 gram jintan manis ditumbuk
1 helai daun kunyit dihiris halus
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun kelapa
Lidi secukupnya

Cara Membuat:

1. Isi ikan dipotong kecil-kecil.
2. Ambil semua bahan kecuali daun kelapa dan gaulkan dengan garam sehingga rata.
3. Ambil isi ikan dan gaulkan dengan bahan tumbuk yang digaul rata.
4. Masukkan ikan ke dalam daun kelapa dan klipkan dengan lidi.
5. Buat sehingga habis dan bakar di atas bara sehingga masak.

Sumber: Majalah Rasa Januari 2003

Ketupat Sotong Terengganu

Makanan Tradisi Terengganu




Bahan-bahan:

15 ekor sotong basah
1 1/4 cawan beras pulut'
1 biji kelapa diambil santannya
5 ulas bawang merah
1 cm halia
1/2 sudu halba
15 batang lidi- dipotong sepanjang 2 cm

Cara Membuat:

1. Bersihkan sotong dan buangkan kulit dan kepalanya.
2. Beras pulut dibersihkan dan direndam dengan santan selama 2 jam.
3. Isikan pulut ke dalam badan sotong sehingga separuh dari badan sotong. Ambil lidi dan sematkan pada bahagian atas sotong supaya isinya tidak keluar.
4. Masukkan sotong yang telah siap disumbat ke dalam periuk yang berisi santan cair. Masukkan halia, halba, bawang merah dan garam. Didihkan sehingga santan menjadi pekat.

Sumber: Majalah Rasa Januari 2003